Tentang Mesra Muslim
Sistem Mesra Muslim adalah program yang diperkenalkan untuk membina keyakinan pengguna berkaitan pengesahan penggunaan bahan mentah dari sumber halal, bersih dan sihat. Sumber halal ini termasuk produk yang mempunyai sijil halal yang dikeluarkan oleh pihak JAKIM atau mana-mana badan pensijilan halal yang diiktiraf oleh JAKIM.
Sistem Mesra Muslim adalah usaha menambahbaik kualiti pengurusan perniagaan dan memberikan keyakinan kepada pengguna tempatan dan luar negara. Program ini juga mengutamakan akses informasi secara platform pendigitalan yang bermanfaat kepada semua pihak berkepentingan. Sistem Mesra Muslim ini akan memantau setiap premis yang menyediakan makanan dan minuman adalah daripada sumber halal yang sah sahaja. Sistem ini adalah merupakan yang pertama diperkenalkan di Malaysia bagi mengatasi masalah kekeliruan pengguna.
Sistem Mesra Muslim adalah program yang diperkenalkan oleh PIJ Holdings melalui PIJ Halal Ventures Sdn Bhd (PHVSB), Koperasi Penguatkuasa PBT (KOP PBT) serta Mesra Digitech (M) Sdn Bhd.
Rakan Strategik

Hubungi Kami
Hubungi kami untuk maklumat lanjut.
Alamat
MESRA DIGITECH (M) SDN BHD
202201017776 (1463473-A)
B-3-18, Pusat Komersial Bayu Tasek, Kota Southkey,
80150 Johor Bahru, Johor.
Talian Hotline
T. 03-8408 1770